I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 27 Januari 2011

4 the rest of my life

tolong ingatkan aku.......

Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Pengenalan:  

The Pankreas ,  adalah organ dalam tubuh   yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia
sejenis hormon yang dikenali sebagai  insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan
glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak
mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.  Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Diabetis terbahagi kepada:

• Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
• Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes  Mellitus Jenis II

Tanda dan gejala

• Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
o Kabur penglihatan.
o Penyakit kulit yang berterusan.
o Luka lambat sembuh.
o Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
o Kebas kaki.

• Tanda-tanda lain termasuk:

o Dahaga.
o Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
o Letih dan lesu.
o Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
o Kelemahan otot.
o Kegatalan tanpa ruam.

Faktor-faktor risiko Diabetis

• Berlebihan berat badan / kegemukan.
• Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
• Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
• Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
• Peningkatan umur.
• Bangsa - Kaum India  mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Komplikasi-komplikasi

Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan  banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah. Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan
kecemasan).
• Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).
Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).
• Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
o Mata-kabur penglihatan, katarak,  pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
o Saraf-kebas atau hilang  deria rasa di tangan dan  kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
o Otak-angin ahmar (strok).
o Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
o Jantung- serangan jantung.
Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.

Rawatan

Rawatan tanpa ubatan

• Penjagaan diri umum
o Jagaan kulit
ƒ Mandi setiap hari.
ƒ Keringkan seluruh bahagian tubuh.
ƒ Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh
selepas 2-3 hari.
o Jagaan kaki.
ƒ Cuci kaki anda setiap hari.
ƒ Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
ƒ Periksa kaki anda setiap hari  untuk mengesan luka, calar, kulit
menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin
jika perlu.
ƒ Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
ƒ Tukar stokin anda setiap hari.
ƒ Jangan berjalan tanpa kasut.
ƒ Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
o Penjagaan Gigi
o Pemeriksaan mata secara berkala  o Elakkan alkohol
o Berhenti merokok
• Mengawal pemakanan
• Mengawal berat badan
• Kerap bersenam

Rawatan ubatan

• Ubatan
o Ubat mengurangkan paras glukos
o Insulin

Kumpulan Sokongan

Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) (www.diabetes.org.my)

Petikan dari infosihat...moh.gov.my

malacca trip


PLUERAL EFFUSION

Definisi

Pengumpulan cecair di dalam ruang plueral

Etiologi 

1. Dimana tekanan kapilari subplueral contohnya CHF(Congestive Heart Failure)
2. di sebabkan oleh inflamsi pada plueral,ruang plueral dan struktur lapisan bawah

Manifestasi klinikal

1. Dispnea
2. Batuk
3. Plueritik Chest Pain
4. Percussion-dullness/flatness di kawasan yang terlibat
5. Kurang atau tiada bunyi pernafasan

Investigation

1. CXR
2. Torasentasis utk mengetahui cecair yang ada
3. Plueral biopsy untuk mengetahui sel cancer
4.CT Scan-chest

Treatment

1. Torasentasis -untuk mengeluarkan cecair
2. Chest tube & under water seal drainage - untuk keluarkan cecair di bahagian plueral
3.Pembedahan - plueraltomy dan pleurodesis

Komplikasi 

1. Tubercolosis
2. Pneumonia
3. CHF
4. Pulmonari viral infection
5.Neoplastic tumor
6. Broncogenik carcinoma